Pada 24 Februari 2014, Majlis Watikah Pelantikan Pengawas & Pengawas Perpustakaan telah diadakan di depan perhimpunan SKMP.
Seramai 35 orang murid dilantik sebagai Pengawas SKMP dan 27 orang murid dilantik sebagai Pengawas Perpustakaan SKMP. Turut dilantik adalah Ketua Pengawas dan 2 orang Penolong Ketua Pengawas, Setiausaha serta Bendahari Badan Pengawas.
Ketua Balai Polis Sungai Karangan, Sarjan Mejar Mudzafar telah menyampaikan watikah pelantikan kepada semua pengawas SKMP.
Diharap semua Pengawas yang dilantik dapat memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan serta boleh dipercayai. Sesungguhnya Pengawas bukan sahaja mengawasi sekolah tetapi menjadi teladan kepada murid-murid yang lain.
No comments:
Post a Comment