SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN MERBAU PULAS
- Bermula hasil kesedaran dan keinginan masyarakat setempat menubuhkan sebuah sekolah sekitar 1930-an.
- Tahun 1932 ( 2 Rabiul Awal 1315H ) dengan inisiatif Tuan Haji Senawi Bin Mat Akid dan kerjasama masyarakat kampung, terbina sebuah sekolah di atas sebidang tanah seluas 1/2 relung.
- Strukturnya 40 kaki x 20 kaki dengan bertiangkan kayu nangka beratap nipah/rumbia, berdinding buluh dan lantai tanah rata.
- Murid pertama 84 orang (lelaki) berumur 6 hingga 9 tahun. Guru-gurunya 2 orang; Encik Ishak Bin Ismail dan Encik Mahmud Bin Abu Bakar dengan mendapat imbuhan hasil derma masyarakat kampung dan sumbangan zakat fitrah.
- Diberi nama 'Sekolah Melayu Rakyat Merbau Pulas' pada tahun 1934 dengan persetujuan Penguasa Pelajaran Negeri Kedah E.L.N. Stowell.
- Tahun 1935, kerajaan negeri bersetuju memberi bayaran gaji kepada guru sekolah ini sebanyak $15.00 untuk guru besar dan $13.00 untuk guru penolong.
- Antara tahun 1932 hingga 1941, bilangan guru ditambah 2 orang lagi. Sementara gaji guru juga bertambah kepada $17.00 untuk guru besar dan $15.00 untuk guru penolong.
- Setelah tamat perang dunia ke-2, sekolah ini dipulihkan semula. Gurunya telah diberi kenaikan gaji $60.00 dan dimasukkan ke dalam skim guru kerajaan.
- Diambil alih sepenuhnya pada tahun 1957 oleh kerajaan dan mendapat bantuan penuh kerajaan. Sebuah bangunan mengandungi 6 bilik darjah dibina. Nama sekolah ditukar kepada 'Sekolah Kebangsaan Merbau Pulas'.
- Sekitar tahun 1960-an, dianggar muridnya seramai 300 orang dengan 18 orang guru beserta 3 pekerja Am, seorang kerani dan seorang pelayan pejabat.
- Tahun 1970-an, sebuah bangunan dua tingkat dibina bagi menampung jumlah murid yang bertambah.
- Seterusnya tahun 1980-an hingga 1990-an, sekolah mengalami berbagai kemajuan dan perubahan. Guru Besarnya bersilih ganti dan bilangan murid juga terus meningkat mencecah purata 400 orang.
- Sekolah Kebangsaan Merbau Pulas sinonim dengan peristiwa dinaiki air/banjir pada musim hujan lebat. Paling hebat dilanda banjir pada tahun 1998.
- Justeru pada tahun 1999, sebuah bangunan baru 2 tingkat diluluskan untuk pembinaan bagi mengganti bangunan kayu yang sering ditenggelami air.
- Bangunan baru ini siap dibina pada tahun 2001 dan diguna pada Mac 2001.
- Pada tahun 2002 pula, sebuah makmal ICT siap dibina bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru dan murid.
No comments:
Post a Comment