Thursday, February 27, 2014

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK ANTARA SKMP, SK SG KARANGAN & SK BUKIT SELARONG (TIGA PENJURU) DAN BOLA JARING ANTARA SKMP & SK SG KARANGAN.

Perlawanan persahabatan bola sepak dan bola jaring telah diadakan di SKMP pada 26 Februari 2014 jam 4 petang. Perlawanan bola sepak menunjukkan perlawanan tiga penjuru antara SK Merbau Pulas, SK Sungai Karangan & SK Bukit Selarong. Keputusan perlawanan adalah:


SKMP vs SKBS 
0 - 1

SKMP vs SKSK
3 - 3

SKBS vs SKSK 
1 - 1

Manakala perlawanan persahabatan bola jaring antara SK Merbau Pulas & SK Sungai Karangan pula menunjukkan perlawanan yang sengit. Namun SKMP kalah 2 mata pada SKSK iaitu 8 berbalas 10.

Semoga dengan perlawanan persahabatan ini dapat meningkatkan lagi semangat dan usaha murid untuk mencapai kejayaan dalam perlawanan-perlawanan akan datang.







MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN GURU & STAF SKMP KE-8 2014

Pada 26 Februari 2014 yang lepas, Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Guru & Staf SKMP Ke-8 tahun 2014 telah dijalankan pada 2 petang bertempat di dewan sekolah.

Mesyuarat dijalankan julung kalinya untuk pembubaran jawatankuasa lama dan pelantikan jawatankuasa baru pada setiap 2 tahun yakni untuk tahun 2014 - 2016, selain membincangkan hal-hal berkaitan kebajikan guru dan staf di SKMP.

Pelantikan jawatankuasa dilakukan melalui undi sulit dan diterima ramai guru dan staf. Semoga dengan pelantikan baru kali ini, Badan Kebajikan Guru & Staf SKMP dapat menjalankan tugas dengan lebih efisien dan telus.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.10 petang.



Senarai Nama Ahli Jawatankuasa Baru

Penasihat: Guru Besar SKMP
Pn. Fadzillah Bt Shaari

Pengerusi:
En. Hashim Bin Abdullah

Naib Pengerusi:
En. Amirul Bin Ismail

Setiausaha:
Pn. Siti Mardhiah Bt Nayan

Bendahari:
Pn. Faridah Bt Yusoff

AJK (Guru):
En. Mohammad Khazimi Bin Harun @ Mat Salleh
En. Khairulnizam Bin Rusli
En. Mohd Zainurin Bin Mohamad Zin
Pn. Zuraida Bt Mohamad Isa
En. Asmadi Bin Musa

AJK (Staf):
En. Jasmi Bin Jaafar


Mesyuarat BKGS bermula,

Pembubaran jawatankuasa diumumkan.

Penolong Kanan Hem, En. Nasharudin membuka kotak undi.

Dibantu sama oleh Penolong Kanan KK, En. Azmi dan En. Sahimat serta En. Khairulnizam
untuk membuat pengiraan undi.

Kotak undi yang diikat rapi menyukarkan PK HEM SKMP untuk mengeluarkan kertas undi.

En. Azmi menunjukkan kotak kosong kepada guru dan staf yang hadir, bermaksud
kertas undi telah dikeluarkan semuanya.

Pengiraan undi dimulakan oleh En. Nasharudin

En. Azmi mengambil alih tugas.

Guru yang membantu mencatit kiraan undi mengikut nama.

Pengiraan undi popular dijalankan.

Senarai nama jawatankuasa yang baru dilantik mengikut kiraan undi.

Ahli jawatankuasa yang baru memulakan mesyuarat dan hal-hal berbangkit.








Tuesday, February 25, 2014

HARI LARIAN OBOR 2014

SKMP dijemput oleh PPD Kulim Bandar Baharu untuk memeriahkan Hari Larian Obor 2014 pada 25 Februari 2014. 

Semua murid tahap 2 SKMP iaitu tahun 4, 5 & 6 berarak di tepi jalan Pekan Merbau Pulas dan menyaksikan penyerahan obor oleh Pegawai PPD Daerah Kulim Bandar Baharu kepada Pegawai PPD Daerah Baling Sik, sempena Majlis Sukan Sekolah Malaysia negeri Kedah acara balapan dan padang yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.






















MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS & PENGAWAS PERPUSTAKAAN

Pada 24 Februari 2014, Majlis Watikah Pelantikan Pengawas & Pengawas Perpustakaan telah diadakan di depan perhimpunan SKMP. 

Seramai 35 orang murid dilantik sebagai Pengawas SKMP dan 27 orang murid dilantik sebagai Pengawas Perpustakaan SKMP. Turut dilantik adalah Ketua Pengawas dan  2 orang Penolong Ketua Pengawas, Setiausaha serta Bendahari Badan Pengawas.

Ketua Balai Polis Sungai Karangan, Sarjan Mejar Mudzafar telah menyampaikan watikah pelantikan kepada semua pengawas SKMP.

Diharap semua Pengawas yang dilantik dapat memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan serta boleh dipercayai. Sesungguhnya Pengawas bukan sahaja mengawasi sekolah tetapi menjadi teladan kepada murid-murid yang lain.